The Government of Brunei Darussalam

KAJI SELIDIK PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM

Selamat Datang

Versi Bahasa Inggeris

MAKLUMAN

Sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan ini ketika ini sedang menjalankan proses "ROLL-OUT" bagi pengunaan SISTEM PENGANGKUTAN DARAT (SPD) iaitu sistem perkhidmatan berkomputer baru. Disebabkan itu, setiap transaksi/proses permohonan kaunter dianggarkan mengambil masa kira-kira 10 ke 15 Minit. Pihak Jabatan ini memohon maaf diatas disebabkan perkara ini.

Sekian dimaklumkan dan diucapkan terima kasih atas kerjasama biskita semua.

Wassalam

Pengarah Pengangkutan Darat

-------------------------------------------------------------------------------------------                   

MAKLUMAN

Sukacita memaklumkan kepada orang ramai bahawa Jabatan ini ketika ini sedang menjalankan Kaunter Perkhidmatan Pra Kebenaran Permohonan. Tujuannya ialah untuk memaskinikan dan melengkapi permohonan yang direkodkan didalam SISTEM PENGANGKUTAN DARAT (SPD) seperti dibawah :- 

 

    1-Pendaftaraan Kenderaan

·              2-Tukar Numbor Kenderaan

·                    3-Membaharui Lesen Kenderaan

·              4-Membaharui Lesen Memandu

Sekian dimaklumkan dan diucapkan terima kasih atas kerjasama biskita semua.

Wassalam

Pengarah Pengangkutan Darat                 

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

SEKARANG BORANG-BORANG JABATAN PENGANGKUTAN DARAT BOLEH DI MUAT TURUN DIBAWAH :-

         1. BORANG TAWARAN TERBUKA BAGI BILANGAN PENDAFTARAN

         2. PERMOHONAN BILANGAN PENDAFTARAN SELARI (RUNNING NUMBER)

         3. PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN BAGI KENDERAAN BERMOTOR ATAU TERELA

         4. PERMOHONAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN ATAU MEMBAHARUI LESEN MEMANDU KENDERAAN BERJENTERA

         5. PERMOHONAN MENUKAR NAMA TUAN PUNYA KENDERAAN BERMOTOR ATAU TERELA (PERATURAN 48A)

 

-----------------------------------------------------------------------------------------------

Sejarah Ringkas

Sejarah Ringkas Pengangkutan Darat di Negara
Brunei Darussalam

Pada tahun 1907, Jalan lintas (foothpath) yang teratur mula dibina di negara ini untuk menghubungkan Residency (terletak di Jalan Subok) dengan Bandar Brunei.

Jalan Rantis bagi menghubungkan Bandar Brunei dengan Kuala Belait sejauh 60 batu dibina pada tahun 1914.

Pada tahun 1924, dikeluarkan Undang-Undang yang boleh dikatakan sebagai Undang-Undang dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya yang pertama bagi Negeri Brunei iaitu "Traction Engines and Motor Cars Enactment 1924".

Pendaftaran Kereta
sejumlah 21 buah bermula pada tahun 1926.

Pada tahun 1928 telah dimulakan Perkhidmatan Bas Kerajaan dari Daerah Tutong ke Daerah Belait sejauh 35 batu perjalanan.

Pendaftaran Kereta-Kereta termasuk Basikal telah mula dibuat oleh pihak Polis pada tahun 1929 sebanyak 45 buah dan Lesen Memandu dikeluarkan kepada 58 orang.

Pada tahun 1930, jumlah kereta yang didaftarkan ialah 73 buah.

Jumlah kereta yang didaftarkan sehingga tahun 1950 ialah sebanyak 1500 buah dan pemegang Lesen Memandu seramai 2048 orang. Kebanyakan kereta-kereta yang didaftarkan itu ialah di Daerah Belait sebanyak 975 buah dan hanya 225 buah di Daerah Brunei/Muara.

Undang-Undang Lalulintas Jalan Raya yang maseh berkuatkuasa hingga hari ini digubal pada tahun 1954, dan Peraturan-Peraturan Lalulintas Jalan Raya dikeluarkan pada 1hb. Januari 1956. Pengawal Pengangkutan Darat pada masa itu ialah seorang "Chief Police Officer".

Sehingga tahun 1960, jumlah kereta-kereta yang didaftarkan dinegara ini ialah sebanyak 7992 buah dan jumlah Lesen Memandu dikeluarkan ialah untuk 7519 orang. Jumlah pendapatan pada tahun 1960 ialah $294,212.00.

Pada 1hb. Januari, 1962, Pejabat yang dibawah pentadbiran pihak Polis telah diasingkan menjadi sebuah Jabatan yang tersendiri dibawah arahan Pengawalnya yang pertama Inche Abd. Ghani bin Jamil.

Pada 1hb. Januari, 1963, pendaftaran Basikal telah ditiadakan.

Ibu Pejabat di KM5 Jalan Gadong (sekarang dikenal Cawangan Daerah Brunei/Muara) dibuka pada bulan Januari 1969 dan pada tahun pertama Pejabat ini dibuka, Hasil Pendapatan yang dikutip ialah $671,829.00.

Pada 25hb. Julai, 1996, Jabatan Pengangkutan Darat beribupejabat disebuah bangunan baru yang terletak di KM6, Beribi, Jalan Gadong.



|| Sejarah Ringkas | Pesanan Dari Pengarah | Misi, Fungsi & Tugas-Tugas Utama | Maklumat Perangkaan | Peraturan-Peraturan | Perancangan & Peranan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Kadar Bayaran | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||