The Government of Brunei Darussalam


Versi Bahasa Inggeris

Peraturan-Peraturan

Permohonan membawa masuk Kenderaan Import/Baru

Keperluan / Dokumen:

 

1.              SALINAN KAD PENGENALAN PEMOHON

2.              SALINAN LESEN MEMANDU PEMOHON

3.              SALINAN ASAL DAN SALINAN CANCELLATION, LOG BOOK, EXPORT CERTIFICATE YANG DIIKTIRAF

4.              TRANSLATION ASAL DAN SALINAN

5.              INVOICE JUAL BELI

6.              GLASS CERTIFICATE YANG DIIKTIRAF OLEH PEMBEKAL

7.              MANUAL BOOK / MANUFACTURER’S SPECIFICATION

8.              TEKNIKAL DATA KENDERAAN

9.              ROADWORTHINESS / EXPORT CERTIFICATE KENDERAAN YANG DIIKTIRAF

10.           GAMBAR KENDERAAN YANG LENGKAP DARI SEMUA SUDUT / RANGKA / ENJIN KENDERAAN

 

SYARAT-SYARAT BAGI MENGIMPOT KERETA TERPAKAI

 

i)               Kebenaran dari Jabatan Pengangkutan Darat hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum mengimpot;

 

ii)             Kereta terpakai hanya boleh diimpot oleh syarikat yang telah dilesenkan di bawah AKTA LESEN-LESEN RAMPAIAN (Cap 127) bagi maksud penjualan dalam negeri;

 

iii)            Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian adalah tidak dibenarkan kecuali pemohon yang berkelayakan dibawah Pengecualian Am Bahagian B Perintah Cukai Import Kastam 1973 atau mana-mana kebenaran khas;

 

iv)           Kereta terpakai yang diimpot yang dibenarkan atas nama persendirian tidak boleh ditukar milik dalam tempoh 4 tahun.  Tukar milik hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran dari Pengawal Kastam;

 

v)             Nilai kereta terpakai bagi maksud percukaian adalah tertakluk kepada perkiraan penilaian kastam;

 

vi)           Kereta terpakai yang diimpot oleh syarikat yang dibenarkan mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 3 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan;

 

vii)          Kereta terpakai yang diimpot atas nama persendirian bagi pemohon di para (iii) mestilah TIDAK MELEBIHI UMUR 5 TAHUN daripada tarikh pendaftaran pertama dan berpacuan sebelah kanan;

 

viii)        Kereta terpakai yang diimpot hendaklah mematuhi spesifikasi berikut:-

 

a) Ruang bagi plate pendaftaran depan dan belakang tidak kurang daripada (216mm x 343mm atau 533mm x 152mm);

 

b) Cermin pelindung angin depan, belakang dan cermin tepi hendaklah jenis putih jernih.

a.        Aliran cahaya cermin mestilah melebihi 70%.

b.        Safety Glass Certificate hendaklah juga disertakan.

 

c) Lampu depan hendaklah berwarna putih, lampu isyarat (signal) berwarna kuning, lampu belakang bagi brake dan lampu tepi hendaklah berwarna merah.  Manakala lampu sport light tidak dibenarkan;

 

d) Kereta terpakai tidak boleh diubahsuai atau mana-mana tambahan manakala bagi ukuran rim dan tayar hendaklah mengikut spesifikasi asal;

 

e) Kereta terpakai impot melebihi 1000cc keatas mestilah dilengkapi dengan CATALYTIC CONVERTER.

 

ix)            Kereta terpakai yang tidak memenuhi syarat-syarat di atas atau spesifikasi semasa pemeriksaan teknikal Jabatan Pengangkutan Darat maka tidak akan dilesen dan didaftarkan.  Kereta terpakai tersebut mestilah dihantar keluar dan tidak dibenarkan untuk dibawa masuk semula.

 

Perhatian:

 

                Bagi kelayakan sesebuah kenderaan itu nanti ianya adalah tertakluk kepada pemeriksaan teknikal di Jabatan Pengangkutan Darat, Jalan Gadong, Beribi, Negara Brunei Darussalam.

 

                Syarat-syarat di atas adalah tertakluk kepada perubahan dari masa kesemasa tanpa sebarang makluman.

 

Sekian sahaja yang dapat disampaikan mengenai dengan perkara di atas.  Sebarang pertanyaan lanjut, silalah berhubung terus ke Bahagian Teknikal di Jabatan ini di Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Darat melalui talian telefon 2451979 ext. 510.



||
Sejarah Ringkas | Pesanan Dari Pengarah | Misi, Fungsi & Tugas-Tugas Utama | Maklumat Perangkaan | Peraturan-Peraturan | Perancangan & Peranan | Perkhidmatan-Perkhidmatan | Kadar Bayaran | Maklumbalas ||

|| Home | Government | Ministries and Departments | About Brunei | On-line News | Important Contacts | Related Sites ||